Wednesday, 16 December 2015


                                          UKURAN KIOS

     

PANDANGAN ATAS KIOS BERSERTA SAIZ 



PANDANGAN DEPAN KIOS BERSERTA SAIZ 



PANDANGAN SISI KIOS BERSERTA SAIZ 


GAMBARAN PERSEMBAHAN KIOS DI DALAM 3D

Saturday, 28 November 2015



RUJUKAN  VIDEO DARI  YOUTUBE.COM


3D RHINOCEROS

                                             LAKARAN IDEA DALAM 3D DAN MOCK-UP
   




Tuesday, 24 November 2015

1.0  PENGENALAN

Tajuk kajian yang saya jalankan ialah mereka bentuk kios mudah alih untuk penduduk di kampung Terbat serian. Kios merupakan pondok kecil atau gerai kecil tempat menjual  majalah,minuman dan sebagainya. Kios selalunya digunakan di kawasan-kawasan umum seperti di taman,universiti, pasar raya dan sebagainya.
Pada amnya reka bentuk kios adalah sekadar pondok kecil sekadar mempunyai bumbung dan ruang untuk menjual barangan.Namun begitu,sejajar dengan perkembangan ekonomi dan teknologi di Malaysia,pelbagai jenis reka bentuk kios telah dihasilkan.Pelbagai jenis material telah digunakan di dalam pembuatan kios,daripada penggunaan kayu sebagai material hinggalah penggunaan material-material lain seperti besi,fiber,dan sebagainya.
Reka bentuk kios mudah alih ini nanti dapat memudahkan penduduk kampung menjual hasil-hasil tangan mereka kepada pelawat yang berkunjung ke situ dan secara langsung dapat membantu meningkatkan pendapatan penduduk kampung terbat.

1.1  OBJEKTIF KAJIAN

   Obejektif kajian yang saya jalankan ini ialah untuk mereka bentuk kios mudah alih untuk kegunaan penduduk kampung terbat
   Selain itu,  saya juga ingin menghasilkan sebuah kios yang berunsurkan alam semulajadi yang dapat dijadikan daya tumpuan para pelawat bila berkunjung ke kampung terbat serian.
   Di samping itu,saya juga ingin menghasilkan sebuah kios yang mempunyai ciri-ciri ergonomik yang mampu memuaskan hati pengguna kios.
   Kesimpulannya ,kajian ini dijalankan bertujuan untuk mereka bentuk kios mudah alih bagi penduduk kampung terbat serta mengkaji jenis-jenis kios yang ada di pasaran pada masa kini dan ciri-ciri ergonomik dalam rekaan kios.

1.1  SKOP KAJIAN

Saya telah memilih kampung terbat serian sebagai  kawasan kajian saya untuk melaksanakan penyelidikan  ini.
 Kampung terbat terletak hanya lebih kurang 102 kilometer sahaja dari Bandar kuching Sarawak yang menjoriti penduduknya berbangsa bidayuh. Kampung Terbat juga merupakan salah sebuah kampung yang mempunyai sistem tagang dan masih memelihara unsur-unsur alam semulajadinya.Selain itu,Kampung terbat serian juga berpotensi untuk maju ,terkenal dan boleh menjadi salah satu tumpuan utama pengunjung luar,terutamanya untuk eko pelancongan di negeri Sarawak.
Saya juga akan mengedarkan borang soal selidik saya nanti di kampung terbat serian.

 1.1  PENYATAAN MASALAH

Setelah melawat ke kampung terbat serian terdapat beberapa masalah yang saya perolehi salah satunya di kampung terbat belum ada kemudahan kios mudah alih. Penduduk kampung terbat terpaksa menjual hasil kraftangan mereka di sebuah pondok yang kurang selesa untuk aktiviti urus niaga.  Kampung terbat merupakan lokasi sistem tagang yang mampu memukau para pelawat untuk berkunjung ke kampung tersebut untuk melihat sendiri keindahan alam semula jadinya . Daya tarikan ini tidak lengkap sekirannya tidak mempunyai kios untuk aktiviti perjualan penduduk kampung kepada para pelawat.


Gambar di atas merupakan pondok kecil yang digunakan penduduk kampung untuk menjual hasil kraftangan mereka kepada para pelawat.

Selain itu,di kampung terbat juga tidak mempunyai sebarang rekaan kios yang berkaitan dengan alam semulajadi yang boleh dijadikan keunikan tempat tersebut. Oleh sebab itu,saya ingin mereka bentuk sebuah kiosk yang menggunakan unsur-unsur alam semula jadi yang boleh menjadi daya tarikan para pelawat apabila berkunjung ke kampung tersebut.

                Akhir sekali ,sistem ergonomik ataupun keselesaan pengguna juga sering kali diabaikan oleh seseorang pereka. Oleh sebab itu, saya akan mereka sebuah kiosk yang mempunyai ciri-ciri ergonomik dari segi keselesaan,ketahanan,keselamatan dan sebagainya.





Friday, 30 October 2015

KAJIAN VISUAL KIOSK


    KAJIAN VISUAL
     
KIOSK UNIK DAN MODEN





   KIOSK BERGERAK









KIOSK YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU






KIOSK TERADISIONAL














Sunday, 11 October 2015

PROJEK TAHUN AKHIR ( MEREKA BENTUK KIOSK)



SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA.

   Hai, selamat datang ke blog projek tahun akhir saya. saya vallensika curai merupakan pelajar Teknologi seni reka dalam program seni reka perindustrian. Saya mencipta blog ini bertujuan ingin berkongsi serba sedikit maklumat berkaitan dengan projek tahun akhir saya.Tajuk projek tahun akhir saya ialah mereka bentuk kiosk yang berkonsepkan elemen kaum bidayuh di kampung terbat serian.

 SKOP KAJIAN .
    Kampung terbat merupakan skop kajian utama saya . Kampung terbat terletak hanya lebih kurang 102 kilometer sahaja dari Bandar kuching Sarawak yang menjoriti penduduknya berbangsa bidayuh. Kampung Terbat juga merupakan salah sebuah kampung yang mempunyai sistem tagang dan memelihara perbagai spesis ikan eksotik bersesuaian dengan tajuk kajian saya.








Gambar saya di jambatan gantung kampung terbat serian .



Gambar di atas merupakan laluan masuk ke kampung terbat serian.